Monday, February 14, 2011

SARINGAN PERTANDINGAN KOKURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG

Merujuk kepada Mesyuarat Unit Dakwah (SPI) JPN PP bersama pegawai-pegawai PPD, pemilihan murid untuk mewakili daerah bagi tiap-tiap bahagian Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS) adalah secara saringan/akademi. Sukacita dimaklumkan, Saringan Pertandingan Kokurikulum Pendidikan Islam Daerah Timur Laut, Pulau Pinang akan diadakan pada :
Kategori Sekolah Menengah
  • Tarikh : 2 Mac 2011
  • Hari : Rabu
  • Tempat : SMK Ayer Itam
Kategori Sekolah Rendah
  • Tarikh : 3 Mac 2011
  • Hari : Khamis
  • Tempat : SK Sri Aman
Kepada Ketua-Ketua Panitia Pendidikan Islam Daerah Timur Laut dapat bersedia untuk majlis tersebut. Surat siaran dan jemputan akan dimaklumkan kemudian.















PERJUMPAAN KETUA-KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG

Sukacita dimaklumkan bahawa satu perjumpaan antara Ketua-Ketua Panitia Pendidikan Islam, Daerah Timur Laut bersama Penolong Pengarah Pengurusan Sekolah Menengah Sektor Pendidikan Islam (SPI) JPNPP akan diadakan pada :
  • Tarikh : 23 Februari 2011
  • Hari : Rabu
  • Tempat : Bilik Gerakan JPN PP
  • Masa : 2:00 petang
Surat siaran dikeluarkan oleh SPI, JPNPP

TAKLIMAT PERLAKSANAAN KSSR DAN SPPK BAHASA ARAB DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG

Satu Taklimat Perlaksanaan KSSR Bahasa Arab Kepada Ketua Panitia Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan akan diadakan pada :
  • Tarikh : 22 Februari 2011
  • Hari : Selasa
  • Tempat : Bilik Mesyuarat SK (P) Island
  • Masa : 2:00 petang - 5:00 petang
Ketua Panitia Bahasa Arab bagi sekolah-sekolah Program j-QAF dijemput hadir.

Wednesday, January 19, 2011

TAKLIMAT PERLAKSANAAN PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) UNTUK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DAN SISTEM

Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut (PPDTL) bersama Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang (SPI,JPNPP) akan mengadakan Taklimat Perlaksanaan Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Untuk Pendidikan Islam Tahun 1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) Daerah Timur Laut Tahun 2011. Maklumat taklimat adalah seperti berikut :

Tarikh : 8 Februari 2011

Hari : Selasa

Tempat : Dewan Besar SK Perempuan Island

Masa : 2:00 petang – 5:00 petang

Sehubungan itu, Ketua Panitia Pendidikan Islam bersama Seorang Guru Pendidikan Islam (GPI/j-QAF) yang mengajar di Tahun 1 dijemput hadir pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan. Sila bawa bersama Panduan Penyediaan RPH dan Standard Prestasi yang telah dimuat turun dari laman blog http://spipenang.blogspot.com.

MESYUARAT DATA GURU PENDIDIKAN ISLAM 2011

Mesyuarat Penyelarasan Data Guru Pendidikan Islam 2011 Daerah Timur Laut akan diadakan pada :

Tarikh : 27 Januari 2011
Hari : Khamis
Masa : 2:00 petang -5:00 petang
Tempat : Dewan Perdana SMK (P) St. George, Pulau Pinang

Guru data Pendidikan Islam (rendah dan menengah) sila ambik tindakan berdasarkan surat siaran dari SPI, JPNPP. Guru Pendidikan Islam di SJKC dan SJKT turut terlibat. Harap maklum

Friday, October 22, 2010

Kem Literasi Al-Quran (KLAQ) j-QAF Daerah Timur Laut 2010

Kem Literasi Al-Quran (KLAQ) j-QAF Daerah Timur Laut 2010 telah diadakan dibeberapa tempat mengikut kohot. Program ini untuk murid-murid yang masih di tahap Iqra'. Kriteria murid merujuk :
Iqra' 1-6 : Murid Kohot 2005 (Tahun 6)
Iqra' 1-3 : Murid Kohot 2006 ( Tahun 5)
Iqra' 1-3 : Murid Kohot 2007 (Tahun 4)

Maklumat program seperti berikut :
Tarikh : 11 Oktober 2010 - 14 Oktober 2010
Hari : Isnin - Khamis
Pusat 1 : SK Bukit Gambir ( Kohot 2005)
Pusat 2 : SK Dato Kramat (Kohot 2006)
Pusat 3 : SK Wellesley ( Kohot 2007)

Monday, September 20, 2010

Kursus KSSR Bahasa Arab Tahun 1 dan HSP Bahasa Arab Tahun 4 Untuk Kegunaan Tahun 2011

Unit Pendidikan Islam PPD Timur Laut akan mengadakan Kursus KSSR Bahasa Arab Tahun 1 dan HSP Bahasa Arab Tahun 4 untuk kegunaan tahun 2011. Butiran seperti berikut :
Tarikh : 5.10.2010
Hari : Selasa
Masa : 8:00 pagi - 4:30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Datuk Hj. Mohd Nor Ahmad

* Surat siaran telah dipanjangkan kepada sekolah-sekolah yang ada j-QAF. Ketua Panitia Bahasa Arab diwajibkan hadir.