Wednesday, January 19, 2011

TAKLIMAT PERLAKSANAAN PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) UNTUK PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DAN SISTEM

Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut (PPDTL) bersama Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang (SPI,JPNPP) akan mengadakan Taklimat Perlaksanaan Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Untuk Pendidikan Islam Tahun 1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) Daerah Timur Laut Tahun 2011. Maklumat taklimat adalah seperti berikut :

Tarikh : 8 Februari 2011

Hari : Selasa

Tempat : Dewan Besar SK Perempuan Island

Masa : 2:00 petang – 5:00 petang

Sehubungan itu, Ketua Panitia Pendidikan Islam bersama Seorang Guru Pendidikan Islam (GPI/j-QAF) yang mengajar di Tahun 1 dijemput hadir pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan. Sila bawa bersama Panduan Penyediaan RPH dan Standard Prestasi yang telah dimuat turun dari laman blog http://spipenang.blogspot.com.

MESYUARAT DATA GURU PENDIDIKAN ISLAM 2011

Mesyuarat Penyelarasan Data Guru Pendidikan Islam 2011 Daerah Timur Laut akan diadakan pada :

Tarikh : 27 Januari 2011
Hari : Khamis
Masa : 2:00 petang -5:00 petang
Tempat : Dewan Perdana SMK (P) St. George, Pulau Pinang

Guru data Pendidikan Islam (rendah dan menengah) sila ambik tindakan berdasarkan surat siaran dari SPI, JPNPP. Guru Pendidikan Islam di SJKC dan SJKT turut terlibat. Harap maklum