Monday, September 20, 2010

Kursus KSSR Bahasa Arab Tahun 1 dan HSP Bahasa Arab Tahun 4 Untuk Kegunaan Tahun 2011

Unit Pendidikan Islam PPD Timur Laut akan mengadakan Kursus KSSR Bahasa Arab Tahun 1 dan HSP Bahasa Arab Tahun 4 untuk kegunaan tahun 2011. Butiran seperti berikut :
Tarikh : 5.10.2010
Hari : Selasa
Masa : 8:00 pagi - 4:30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Datuk Hj. Mohd Nor Ahmad

* Surat siaran telah dipanjangkan kepada sekolah-sekolah yang ada j-QAF. Ketua Panitia Bahasa Arab diwajibkan hadir.

Gerak Gempur Bahasa Arab (PMR) 2010

Satu Program Motivasi dan Gerak Gempur Bahasa Arab (PMR) 2010 akan diadakan untuk pendedahan pelajar dengan format terkini Bahasa Arab (PMR) 2010. Butiran adalah seperti berikut :
Tarikh : 22.9.2010
Hari : Rabu
Masa : 8:00 pagi - 4:30 petang
Tempat : Dewan SMKA Al-Mashoor (P), Medan Lim Cheng Teik.

*Sekolah terlibat ialah SMKA Al-Mashoor (P), SMKA Al-Mashoor (L), SMK Abdullah Munshi, SMK Datuk Hj. Mohd Nor Ahmad dan SABK Tarbiah, Kampung Rawa.

Kursus Orientasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam Tahun Satu

Unit Pengurusan Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang akan mengadakan Kursus Orientasi KSSR Pendidikan Islam Tahun Satu. Butiran seperti berikut :
Tarikh : 28.9.2010
Hari : Selasa
Masa : 8:00 pagi - 4:30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Datuk Hj. Mohd. Nor Ahmad

*Surat telah dipanjangkan. Guru Pendidikan Islam / j-QAF yang diwakilkan hadir, wajib menghadirkan diri.