Tuesday, August 17, 2010

Analisa Iqra dan al-Quran

Unit Pendidikan Islam PPDTL sedang dalam proses memungut data analisa pencapaian Iqra' dan al-Quran mengikut bulan dari semua sekolah program j-QAF(kohot 2005,2006 & 2007) daerah Timur Laut bermula dari bulan Januari hingga November. Sehubungan itu setiap sekolah diminta menghantar analisa berkaitan untuk bulan semasa pada setiap awal bulan berikutnya. Bagi sekolah yang telah menghantarnya pada setiap bulan diucapkan terima kasih.

Salam Ramadhan 1431H..

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.... semoga ramadhan kali ini lebih membawa makna dalam kehidupan kita semua. Tanamkan azam dalam diri untuk mengimarahkan Ramadhan kali ini dengan pesta ibadah dengan penuh keimanan dan penuh keikhlasan... mudah-mudahan kita akan memperoleh janji Allah kepada orang yang berpuasa iaitu dapat mencapai tingkat ketaqwaan...insya Allah.
Salam Ramadhan untuk semua warga PPDTL dan semua Guru Pendidikan Islam dalam daerah Timur Laut...