Monday, November 9, 2009

Sekalung penghargaan...

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Mahrajan j-QAF Peringkat Daerah Timur Laut 2009 yang telah dilaksanakan di SK Jalan Residensi pada 31 Oktobere 2009 yang lalu, terutamanya kepada Guru Besar dan seluruh warga SK Jalan Residensi yang sanggup menerima tanggungjawab sebagai tuan rumah pada tahun ini. Juga kepada semua sekolah yang menjadi Jawatankuasa program ini iaitu SK Seri Indah, SK Padang Tembak, SK Convent Greren Lane, SK Perempuan Methodist, SK Perempuan Island dan SK St. Xavier Cawangan yang telah dapat melaksanakan tugas dengan baik dan cemerlang. Semoga Allah memberkati usaha anda semua.

Sunday, November 8, 2009

Mahrajan j-QAF Daerah Timur Laut 2009

Mahrajan j-QAF Daerah Timur Laut telah dilaksanakan pada 31 Oktober 2009 bertempat di SK Jalan Residensi bermula jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang. Sebanyak 34 buah sekolah Program j-QAF telah terlibat. Mahrajan kali ini hanya melibatkan pertandingan dalam dua acara sahaja iaitu Tilawah al-Quran(L & P) dan Kuiz j-QAF, manakala pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab dan Kalam Jamaei telah digugurkan dari dipertandingkan di peringkat daerah. Walaubagaimanapun Pertandingan Dikir Barat hanya akan dijalankan di peringkat negeri sahaja.
Di Peringkat Daerah Timur Laut sebanyak 19 buah sekolah telah menyertai tilawah al-Quran, manakala 15 buah sekolah lagi terlibat dengan Kuiz j-QAF. Pemenang yang mendapat Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam kedua-dua kategori ini akan mewakili Daerah Timur Laut ke Peringkat Negeri. Dalam bidang Tilawah (L),Johan telah disandang oleh peserta dari SK Jalan Hamilton, Naib Johan pula dari SK Sg. Gelugor dan tempat Ketiga pula dari SK Wellesley. Manakala dalam kategori Tilawah (P), Johan dimenangi oleh peserta dari SK Batu Lanchang, Naib Johan dari SK Minden Height dan tempat Ketiga pula dari SK Jelutong. Dalam pertandingan Kuiz j-QAF pula, peserta dari SK Bukit Gambir telah mejadi Johan, SK Seri Indah Naib Johan, Ketiga pula ialah SK Convent Pulau Tikus.
Semua sekolah yang akan mewakili Daerah Timur Laut ke peringkat negeri termasuk dua buah sekolah yang akan menyertai Pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab iaitu SK Batu Lanchang dan SK Wellesley diharap dapat menghantar pesertanya ke Mahrajan j-QAF Peringkat Negeri Pulau Pinang yang dilaksanakan pada 09 November 2009 di SK Balik Pulau Bermula jam 8.00 pagi.